Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kempen Menanam Pokok Persisir Pantai yang diadakan di Hutan Simpan Lekir Parit Haji Dollah, Kg Sungai Tiram
diterbitkan pada 11 April 2021

MANJUNG, 11 APRIL 2021- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah menyertai Kempen Menanam Pokok Persisir Pantai yang diadakan di Hutan Simpan Lekir Parit Haji Dollah, Kg Sungai Tiram, hari ini.

Kempen anjuran Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Lekir dengan kerjasama PPPNP, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Lions Club cawangan Setiawan itu telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Dato' Azri Bin Jaafar.

Dalam kempen berkenaan juga sebanyak 1500 anak bakau telah ditanam oleh 130 orang peserta yang terdiri dikalangan kakitangan PPPNP, MPM dan sukarelawan Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Lekir, KUASA dan Lions Club cawangan Setiawan.

Selain itu, tujuan utama kempen terbabit dijalankan bertujuan untuk memulihara beberapa kawasan pesisiran pantai di hutan simpan berkenaan selain sebagai pelindung semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan ombak.

Hadir sama dalam program berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi PPPNP, Encik Mohd Kahar Bin Mukktarudin dan Pengurus Besar Pengurusan Tanah dan Hartanah PPPNP, Puan Nor Haslina Binti Ali.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my