Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Greening Malaysia: 100 Million Trees Webinar Series
diterbitkan pada 21 May 2021

Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang telah dilancarkan pada 5 Januari 2021 menekankan kepentingan hutan bagi menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara. Kempen ini menyokong usaha negara dalam membina semula rangkaian hutan dan merupakan sebahagian daripada komitmen negara di peringkat global untuk memulihkan kawasan terosot yang merupakan penyelesaian terbaik bagi menangani perubahan iklim seperti yang disarankan oleh UN Decade on Ecosystem Restoration.

Bagi mencapai visi ini dan bersempena dengan Hari Biodiversiti Antarabangsa (IBD) Tahun 2021, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama The Habitat Foundation dan Society for Conservation Biology - Malaysia Chapter telah menganjurkan Greening Malaysia: 100 Million Trees Campaign Webinar Series pada 25 Mei 2021 (Selasa) yang menjadi platform untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam usaha-usaha restorasi hutan di seluruh Malaysia.

Kempen ini menekankan bahawa semua peringkat pemegang taruh mempunyai peranan masing-masing dalam merealisasikan visi restorasi ekosistem di negara ini dan berharap platform ini membentuk satu gabungan dan kerjasama yang padu serta menjadi medan percambahan ilmu sains dan praktis restorasi hutan.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my