Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi peringkat negeri Johor
diterbitkan pada 28 May 2021
Politeknik Mersing berbesar hati kerana telah terpilih sebagai salah satu lokasi bagi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Johor anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ bersama-sama dengan beberapa orang kakitangan PMJ telah turut serta menanam lebih daripada 20 pokok nadir sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha yang murni ini. Turut hadir ke program ini adalah YBhg. Dato' Haji Salim Bin Aman, Pengarah Perhutanan Negeri Johor bersama-sama dengan kakitangan dari Pejabat Hutan Daerah Johor Timur. Politeknik Mersing menyeru agar semua warga PMJ serta masyarakat luar agar aktif melibatkan diri dalam kempen ini.
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my