Program Penanaman Pokok secara Virtual anjuran Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak diadakan sebagai tanda komited berterusan jabatan yang sentiasa menyokong Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman Pokok 100 Juta Pokok semenjak ianya dilancarkan.
Banyak program yang dirancang untuk dilaksanakan, tetapi atas faktor kawalan pergerakkan dan kesan pandemik yg masih tidak menentu, inisiatif penanaman secara virtual telah dilancarkan dari 1 Sept 2021 hingga 16 Sept 2021 yang secara umumnya mengajak sesiapa yang berminat untuk turut serta menjayakan program ini. Ditambah pula program yg dijalankan dalam tempoh sambutan Hari Kebangsaan Ke-64 dan akan datang Hari Malaysia ini juga dapat menyemarakkan kecintaan terhadap negara dalam konsep penghijauan malaysia melalui aktiviti penanaman pokok ini. Pelbagai usaha dibuat seperti hebahan dalam sosial media (Facebook, Instagram, Telegram, WhatApss dan sebagainya) telah dibuat agar ianya diketahui umum. Yang lebih manis, sokongan dan penyertaan rakan-rakan artis juga diterima dan bakal sama-sama menjayakannya juga.
Terima kasih kepada YBhg. Dato’ Mohamad Zin Yusop, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan pihak pengurusan yang menyokong pelaksanaan program virtual ini serta seluruh warga perhutanan atau orang awam yg menyertainya.
hello100jutapokok@nres.gov.my