Kumpulan Bakti Rakyat yang terdiri dari kakitangan Bank Rakyat Ibu Pejabat dan Cawangan Wilayah Kuala Lumpur (KL)/ Putrajaya telah mengadakan program 'Back to nature' iaitu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di FRIM pada 5 Mac lalu.
Program yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM ini melibatkan 40 peserta yang diketuai oleh Datuk Abd Rani Lebai Jaafar, Pengerusi Bank Rakyat.
Turut hadir, Norahim Buang, Pengarah, Wilayah Selatan; Roslan Din, Ketua Wilayah KL / Putrajaya; Azahary Kamarulzaman, Ketua Jabatan Kelestarian; Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM serta Lim Chung Lu, Pegawai Media.
Sebanyak 40 pokok telah ditanam termasuk Durian (Durio sp.), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), balau laut (Shorea glauca), damar hitam (Shorea multiflora), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti tembaga (Shorea leprosula), kasai (Pometia pinnata), jambu bol (Syzygium malaccense), merbau (Intsia palembanica), giam lintah bukit (Hopea helferi), keruing bulu (Dipterocarpus baudii) dan balau sengkawang air (Shorea sumatrana).
hello100jutapokok@nres.gov.my