Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Gadang Holdings hijaukan kampus FRIM
diterbitkan pada 16 July 2022

Syarikat Gadang Holdings Berhad telah menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) penanaman pokok di kampus FRIM pada 16 Julai lalu.

Aktiviti tersebut melibatkan 32 staf syarikat Gadang yang diketuai Kok Pei Ling, Ketua Pegawai Kewangan dan Khew Check Keat, Pengarah Urusan Kejuruteraannya.

Turut hadir, Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM yang menyampaikan kata alu-aluan dan Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan (PH) FRIM yang memberi taklimat cara penanaman.

Sebanyak 40 pokok seperti keruing bulu (Dipterocarpus baudii), balau laut (Shorea glauca), merawan meranti (Hopea sulcata), belian (Eusideroxylon zwageri), resak daun panjang (Vatica nitens), meranti kepong (Shorea ovalis), kapur (Dryobalanops aromatica), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), nyatoh taban merah (Palaquium gutta) dan durian (Durio zibethinus) telah berjaya ditanam.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat dan PH ini diadakan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula dari 2021 sehingga 2025.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my