Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM adakan Majlis Apresiasi Pesara
diterbitkan pada 13 September 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Majlis Apresiasi Pesara di Green Community Centre (GCC), FRIM Kepong 13 September 2022.

Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, mantan KP pertama FRIM; Datuk Dr Abd Latif Mohmod, mantan KP ketiga; Dr Francis Ng, mantan Timbalan KP pertama; Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); dan Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi).

Ismail turut melancaran buku 'FRIMates Down Memory Lane' dan 'A Guide for Independent-Minded Scientists' yang dihasilkan oleh Salleh dan Ng.

Seramai 47 pesara FRIM termasuk ahli keluarga telah menyertai program ini. Mereka menanam 30 pokok untuk memperingati program ini serta menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Pokok-pokok yang ditanam termasuk tualang (Koompassia excelsa), nyatuh taban merah (Palaquium gutta) dan nyatuh kekabu (Diploknema sebifera), merbau (Intsia palembanica), kapur (Dryobalanops aromatica), belian (Eusideroxylon zwageri), engkabang (Shorea macrophylla) dan resak (Vatica sp.).

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my