Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

PWFRIM tanam pokok di SPF Pasoh
diterbitkan pada 30 June 2022

Perkumpulan Wanita FRIM (PWFRIM) telah menjalankan Program Jelajah Restorasi dan Penanaman Pokok PWFRIM di Stesen Penyelidikan FRIM di Pasoh (SPF Pasoh), Negeri Sembilan pada 30 Jun 2022.

Program yang diketuai Suzrina Shamsuddin, Setiausaha PWFRIM disertai 13 ahli yang lain. Mereka disambut Penyelaras stesen, Salleh Mat dan Pengurus stesen Musalmah Nasardin. Salleh turut memberi taklimat sebelum acara penanaman pokok dijalankan.

Sebanyak 40 anak pokok pelbagai spesies seperti kekatong (Cynometra malaccensis), sepetir daun nipis (Sindora echinocalyx), penaga lilin (Mesua ferrea), merbau (Intsia palembanica), meranti tembaga (Shorea leprosula), melaka (Phyllanthus emblica), meranti sarang punai (Shorea parvifolia), karas (Aquilaria malaccensis), balau kumus hitan (Shorea maxwelliana), kasai (Pometia pinnata), sentul (Sandoricum koetjape) dan salam (Syzygium polyanthum) telah ditanam.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my