Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengadakan Kempen Greening Sarawak pada 29 Oktober 2022 sempena penganjuran program Penrissen Growing Together 2.0, di SMK Penrissen, Kuching.
Program yang melibatkan 200 peserta ini merangkumi aktiviti penanaman pokok, pendaftaran pokok melalui applikasi Penghijauan Malaysia dan kempen kesedaran mengenai 'Greening Sarawak Programme'.
Turut hadir, Abit Hong, Pengetua SMK Penrissen; Zarina Shebli, Penolong Pengarah Hutan, Bahagian Restorasi dan Hutan Industri JHS, para pengajar serta kakitangan JHS.
Sebanyak 100 pokok hiasan atau pokok landskap termasuk spesies bucida hijau (Terminalia molinetii) dan kelat paya (Syzygium myrtifolium) berjaya ditanam. Selain itu, sekurang-kurangnya 20 pendaftaran pokok secara individu telah dibuat melalui applikasi Penghijauan Malaysia pada hari tersebut.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
hello100jutapokok@nres.gov.my