Dato' Indera Mohd. Ridza Awang, Ketua Pengarah (KP) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menghadiri Majlis Graduasi Pengawas Hutan Sesi 2021-2022 di Sarawak pada 10 November 2022 bagi memenuhi jemputan khas Jabatan Hutan Sarawak (JHS).
Sesi graduasi tersebut merupakan sesi ketiga JHS sejak 2018 yang melahirkan 87 Pengawas Hutan baharu di Sarawak.
Mohd. Ridza yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Peneraju Program dan Penanaman Kempen Penanaman 100 Juta Pokok turut melawat ke tapak lokasi penanaman di pesisir pantai Kampung Buntal pada 9 November.
Sebanyak 10,749 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) telah ditanam di kawasan seluas 9.5 ha ini mulai Februari 2020 ke Mac 2022. Aktiviti penanaman melibatkan lebih kurang 1,000 penduduk komuniti setempat, wakil persatuan dan badan korporat serta staf JHS.
Turut hadir, Dato' Mohd. Rahim Rani, Timbalan KP (Operasi dan Teknikal) JPSM; Dato' Mohd. Basri Abdul Manaf, Pengarah Latihan Perhutanan JPSM; dan Zarina Shebli, Penolong Pengarah Restorasi dan Hutan Industri JHS.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
hello100jutapokok@nres.gov.my