Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS laksana program CEPA di SK Nanga Tau
diterbitkan pada 10 November 2022

Pejabat Hutan Wilayah Bintulu, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menjalankan Program Penanaman serta komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) di SK Nanga Tau, Anap, Tatau, Bintulu pada 10 November 2022 lalu.

Program tersebut dihadiri 100 peserta yang terdiri daripada para pengajar, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan Pejabat Hutan Wilayah Bintulu.

Turut hadir, Tuming anak Jipon, guru besar dan Alexander anak Thomas, wakil Pejabat Hutan Wilayah Bintulu.

Sebanyak 65 anak pokok pelbagai spesies seperti pokok dabai (Canarium odontophyllum), ensurai (Dipterocarpus oblongifolius), doa (Terminalia molinetii), keranji madu (Dialium indum), durian hutan (Durio zibethinus), durian isu (Durio oxleyanus), petai (Parkia speciosa) serta kopi (Coffea liberica) telah ditanam di perkarangan sekolah dan kawasan tebingan sungai.

Program tersebut merupakan inisiatif Pejabat Hutan Wilayah Bintulu dalam mencapai sasaran penanaman yang telah ditetapkan disamping mempromosikan Kempen Penghijuan Malaysia dan Greening Sarawak terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman Bahagian Bintulu.

Program Penanaman dan CEPA ini akan dilaksanakan secara berterusan di peringkat pejabat hutan wilayah sepanjang tempoh kempen penananam tersebut.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my