Pejabat Hutan Wilayah Bintulu, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok dan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) pada 9 November 2022 di Sekolah Nanga Penyarai, Tatau, Bintulu.
Sebanyak 60 anak pokok pelbagai spesies seperti pokok ensurai (Dipterocarpus oblongifolius), keranji madu (Dialium indum), doa (Terminalia molinetii), dabai (Canarium odontophyllum), durian hutan (Durio zibethinus), petai (Parkia speciosa) dan kopi (Coffea liberica) ditanam di sekitar perkarangan sekolah tersebut.
Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada 60 murid, 15 guru dan kakitangan sekolah, 15 wakil PIBG serta 10 staf Pejabat Hutan Wilayah Bintulu hadir dalam program tersebut.
Turut hadir, Ngalambong anak Baring, Guru Besar SK Nanga Penyarai.
Program tersebut merupakan program penanaman dan CEPA berterusan yang dijalankan oleh Pejabat Hutan Wilayah Bintulu dalam usaha memupuk kesedaran awam terutamanya para pelajar di kawasan pedalaman berkenaan kepentingan penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
hello100jutapokok@nres.gov.my