Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNM anjur Program Mangrove Planting di TER Tanjung Tuan
diterbitkan pada 22 October 2022

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN Negeri Melaka telah menganjurkan Program ‘Mangrove Planting & Beach Cleaning’ pada 22 Oktober 2022 di Taman Eko Rimba (TER) Tanjung Tuan, Melaka.

Program ini merupakan hasil kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban 3, Persatuan Nelayan Malaysia, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan.

Majlis pelancaran program ini dirasmikan oleh Muhammad Zahir Mazlan, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan bersama Mohd Zulhilmi Yunus, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Seremban 3.

Program ini bertujuan mempertingkatkan regenerasi dirian bakau yang terosot akibat tumpahan minyak pada tahun 2020, memelihara dan memulihara habitat flora dan fauna terutamanya Penyu Karah serta meningkatkan kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem pantai dalam kalangan orang awam dan peserta yang terlibat menerusi aktiviti pembersihan puing laut (marine debris) di sekitar pantai.

Sebanyak 60 pokok bakau (Rhizophora spp.) dan 160 pokok ambong-ambong atau merambong (Scaevola taccada) ditanam di sepanjang persisiran pantai cermin oleh 100 peserta daripada pelbagai institusi dan agensi termasuk pengunjung TER Tanjung Tuan.

Penganjuran program ini juga merupakan salah satu usaha jabatan mempromosikan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di negeri Melaka.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my