MCIS Life Insurance Berhad dengan kerjasama SIREH Park menyasarkan untuk menanam 5,000 pokok secara berterusan sehingga Jun 2023.
Aktiviti penanaman pokok yang disertai staf MCIS Life serta pelanggan dan agen insurans diadakan dalam beberapa sesi dengan yang pertama pada 8 Oktober manakala sesi kedua, 10 Disember 2022. Setakat kini, MCIS Life telah berjaya menanam 1,300 pokok.
Kerjasama MCIS Life-SIREH Park ini mewujudkan hutan legasi iaitu 'MCIS Life Legacy Forest' yang bertujuan menangani perubahan iklim, memulihkan habitat flora dan fauna serta meningkatkan kualiti alam sekitar seiring dengan pembangunan lestari.
Sebanyak 36 species pokok hutan telah ditanam di Zon 1, SIREH Park termasuk sungkai (Peronema canescens), merawan kanching (Hopea subalata), keladan (Dryobalanops oblongifolia), khiat (Aglaia korthalsii), kapor (Dryobalanops aromatica) dan merbau (Intsia palembanica).
Di samping itu, pangkalan data berkaitan spesies, ketinggian, diameter serta lokasi (latitud dan longitud) pokok direkodkan melalui aplikasi Geotrees. Kerjasama ini menunjukkan sokongan terhadap Program Penghijauan Malaysia: Kempen 100 juta Pokok.
Sumber: The Nusajaya Natural Heritage Trust
hello100jutapokok@nres.gov.my