Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pengarah-pengarah Operasi FRIM tanam pokok di SPF Mata Ayer
diterbitkan pada 16 February 2023

Pengarah-pengarah Bahagian Operasi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) diketuai oleh Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok sempena lawatan ke Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Perlis pada 16 Februari 2023.

Mereka terlibat terdiri daripada Mahmudin Saleh (Bahagian Inovasi dan Komersialisasi); Mohd Asmawee Ismail (Sumber Manusia); Jumaaton Abu Bakar (Kewangan); Liza Ismail (Pentadbiran) dan Sarifah Kunju Ahmad (Perkhidmatan Teknikal).

Rombongan ini disambut Pengurus Stesen, Mohd Fauzi Mohd Shariff dan dibawa melawat lokasi projek pembangunan stesen termasuk seperti bengkel larik, chalet di tapak perkhemahan dan tapak cadangan khemah berkenderaan.

Mereka menanam 15 pokok termasuk resak ranting kesat (Vatica odorata), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), balau pasir (Shorea materialis), giam melukut (Hopea apiculata) dan merawan jangkang (H. nervosa) menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Mereka juga melawat pusat usahawan pengukir produk berasaskan kayu jati dan hasil rimba: Inspirasi Kreatif Woodwork di Kangar yang diusahakan oleh Rosdi Ahmad dan Embun Warisan Kayu (Hamizah Hassan) di Kuala Perlis.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my