Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

SK Pekan Kota Belud tanam pokok sempena Program Bumi Hijau
diterbitkan pada 15 February 2023

Seramai 25 murid dan enam guru SK Pekan Kota Belud telah menjalankan aktiviti tanam pokok pada 15 Februari 2023 sempena Program Bumi Hijau.

Mereka telah menanam 24 pokok yang terdiri daripada kelapa pandan (Cocos nucifera), rambutan (Nephelium lappaceum) dan ketapang (Terminalia catappa) di laman sekolah tersebut.

Aktiviti tersebut dikendalikan dengan bantuan Pejabat Perhutanan Wilayah Kudat, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Pejabat Perhutanan Daerah Kota Belud.

Turut hadir, Rusdi Suin, Guru Besar sekolah; Zainuden Jimbun, Pegawai Perhutanan Wilayah Kudat dan Zuridah N. Jeragan, Pegawai Perhutanan Daerah Kota Belud.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my