Seramai 106 komuniti setempat berhampiran dengan Lower Kinabatangan Segama Wetlands (LKSW) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 2 Mac 2023 sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia (World Wetlands Day, WWD).
Para peserta terdiri daripada penduduk Kg. Mumiang, Kg. Bongun Besar dan Kg. Pitas Laut; staf Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Pejabat Perhutanan Daerah Kinabatangan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bongun Besar, SK Mumiang dan SK Pitas; serta wakil daripada Kinabatangan Wetlands Resort dan Forever Sabah.
Aktiviti ini dirasmikan oleh Rosila Anthony, Ketua Bahagian Perancangan Sektor Hutan JPS dan sejumlah 100 pokok bintangor laut (Calophyllum inophyllum) berjaya ditanam.
Selain itu, lawatan ke Kg. Pitas Laut dan Kg. Mumiang turut diadakan untuk mengenali lebih dekat tentang kehidupan komuniti di sekitar kawasan HS berkenaan.
WWD disambut pada 2 Februari setiap tahun dan tema pada tahun ini, 'It's Time for Wetlands Restoration'. LKSW merupakan Tapak RAMSAR yang meliputi Hutan Simpan (HS) Trusan Kinabatangan, HS Hidupan Liar Kulamba, dan HS Kuala Segama dan Kuala Maruap.
Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah
hello100jutapokok@nres.gov.my