Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Warga Kota Tinggi tanam 1,000 pokok
diterbitkan pada 19 January 2023

Pejabat Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 19 Januari 2023 di Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi, Johor.

Aktiviti tersebut bertujuan mempromosi dan menghebahkan Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta memupuk kesedaran umum mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan serta penanaman pokok dalam kalangan warga daerah tersebut.

YB Datin Paduka Hazlina Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah merasmikan aktiviti tersebut. Turut hadir, YB Rashidah Ismail, ADUN Pasir Raja; Dato' Salim Aman, Pengarah JPNJ; dan Mohd Riduan Md. Ali, Pengarah Badan Kawalselia Air Negeri Johor (BAKAJ).

Seramai 250 peserta yang terdiri daripada staf agensi-agensi kerajaan Kota Tinggi, Komuniti Kampung Lukut, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Southern Volunteer Negeri Johor, Petronas dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Johor telah menyertai aktiviti tersebut.

Mereka berjaya menanam 1,000 pokok-pokok balau pasir (Shorea materialis), merawan siput jantan (Hopea odorata) dan meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii).

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my