Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok di Besut, Terengganu
diterbitkan pada 04 August 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di tapak Pejabat Operasi Program Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET), Besut, Terengganu pada 4 Ogos 2023.

Aktiviti yang dijalankan Bahagian Perancangan Penyelidikan FRIM ini diadakan dengan kerjasama Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad, sebuah koperasi komuniti yang dibangunkan oleh FRIM dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Seramai 20 ahli koperasi telah menghadiri program penanaman ini yang bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia- Kempen Penanaman 100 juta pokok.

Mereka telah menanam 200 pokok hutan dan buah nadir sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM. Spesies-spesies yang ditanam terdiri daripada jambu bol (Syzygium malaccense), durian belanda (Annona muricata), rambai (Baccaurea motleyana), cermai (Phyllanthus acidus), keriang dot (Syzygium claviflorum), bebuas (Premna foetida), pelong licin (Pentaspadon motleyi), sepetir (Sindora echinocalyx), karas (Aquilaria crassna), jati (Tectona grandis), kapur (Dryobalanops aromatica), keruing bulu (Dipterocarpus baudii), giam lintah bukit (Hopea helferi), chengal (Neobalanocarpus heimii), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), merbau (Intsia palembanica) dan melunak bukit (Pentace curtisii).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my