Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS tanam pokok, sambut HHA
diterbitkan pada 21 March 2023

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah meraikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) pada 21 Mac 2023 dengan menanam 195 pokok.

Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan JPS merasmikan sambutan tersebut di Ibu Pejabat JPS, Sandakan. Turut hadir, Timbalan-timbalan Ketua Konservator Hutan, pegawai-pegawai kanan serta staf JPS yang lain.

Sambutan HHA bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan usaha memelihara dan memulihara khazanah hutan serta sumbangan hutan dan ekosistem hutan kepada kesejahteraan hidup manusia.

Frederick berkata, "Tema HHA 2023 'Healthy Forests for Healthy People' bermakna hutan yang baik dan terpelihara keadaannya adalah prasyarat untuk manusia sejagat hidup sihat dengan menikmati bekalan air serta udara yang bersih."

Spesies-spesies yang ditanam terdiri daripada selangan anderson (Hopea andersonii), kapur paji (Dryobalanops lanceolata), sengkuang (Dracontomelon dao), sentang (Azadirachta excelsa) dan belian (Eusideroxylon zwageri).

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my