Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

RSPO tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 23 February 2023

Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (Roundtable on Sustainable Palm Oil - RSPO) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 23 Februari 2023 lalu.

Nur Hajar Zamah Shari, Ketua Program Hutan Asli FRIM menyampaikan taklimat ringkas kepada 38 staf RSPO di Auditorium FRIM. Turut hadir, Azharizan Mohamad Norizan, Pegawai Penyelidik FRIM; Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM; serta staf Cawangan Pengurusan Hutan dan Unit Komunikasi Korporat FRIM.

Program tersebut bertujuan mempereratkan kerjasama dua hala antara RSPO dan FRIM dalam bidang perhutanan serta pada masa yang sama menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Para peserta menanam 40 pokok daripada spesies-spesies nyatoh taban merah (Palaquium gutta), Belian (Eusideroxylon zwageri), mersawa gajah (Anisoptera scaphula), resak daun panjang (Vatica nitens), keruing cogan (Dipterocarpus rigidus), merawan siput jantan (Hopea odorata), durian (Durio zibethinus), sentul paya (Sandoricum beccarianum) and jambu bol (Syzygium malaccense).

Program diakhiri dengan lawatan berpandu ke denai alam, galeri penyelidikan dan Jejantas Rimba (Forest Skywalk) FRIM.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my