Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sambut HHA dengan ceramah kesihatan tumbuhan
diterbitkan pada 25 March 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malayia (FRIM) telah menyambut Hari Hutan Antarabangsa (HHA) 2023 dengan mengadakan sesi perkongsian bertajuk 'What to do when your plant is sicks?’ (Apa yang perlu dilakukan apabila tumbuhan anda sakit?) pada 25 Mac 2023.

Ceramah yang dihadiri 30 peserta ini diadakan di Galeri Penyelidikan FRIM.

Dr Mohd Farid Ahmad, Ketua Program Kesihatan dan Pemuliharaan Hutan FRIM yang juga ahli arboris bertauliah telah berkongsi teknik-teknik asas untuk mengenal pasti dan menguruskan masalah kesihatan pokok, terutamanya jangkitan kulat.

Semasa lawatan ke Makmal Patologi dan Mikologi, ahli patologi, Ahmad Syazwan Samsuddin menunjukkan teknik isolasi, iaitu salah satu langkah pengesanan punca penyakit tumbuhan.

Para peserta juga mengikuti lawatan berpandu 'Mencari Cendawan' di sepanjang denai alam FRIM oleh ahli mikologi, Patahayah Mansor dan jurupandu alam.

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan turut hadir untuk menyampaikan anak pokok percuma kepada para peserta bagi menggalakkan penglibatan dan sokongan umum terhadap meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara hutan serta menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Turut hadir, Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat dan Lim Chung Lu, Pegawai Media.

HHA disambut pada 21 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hutan serta isu-isu yang berkaitan. Sambutan tahun ini bertema 'Hutan dan kesihatan'.

Sumber: Institut Penyelidikan Perhutanan Malayia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my