Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sambut Hari BioD dengan ceramah ‘Red Alert’
diterbitkan pada 20 May 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyambut Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa (International Day for Biological Diversity) dengan penganjuran ceramah ‘Red Alert: Plant Conservation’ pada 20 Mei 2023.

Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa disambut pada 22 Mei setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan biodiversiti.

Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM, Dr Richard Chung telah menyampaikan ucapan alu-aluan pada sesi ceramah yang dihadiri 30 peserta ini.

Penyelidik FRIM, Wendy Yong yang merupakan penceramah bagi sesi ini menerangkan tentang penilaian status konservasi tumbuhan serta cara menentukan status spesies terancam serta usaha dalam melindungi spesies-spesies tersebut.

Yong turut memperkenalkan beberapa platform yang disediakan FRIM bagi perkongsian hasil kajian biodiversiti:

MYFLORA – untuk memuat turun penerbitan kajian famili di ‘Flora of Peninsular Malaysia’ dan ‘Tree Flora of Sabah and Sarawak’ (https://myflora.frim.gov.my/)

MyBIS – https://www.mybis.gov.my/

Malaysia Red List – facebook.com/FRIMKepong/posts/4123205141048097

Conservation Malaysia – facebook.com/media/set/?set=a.1484059041629400&type=3

Dengan bantuan Siti Eryani Suterisno, Yong juga membawa para peserta untuk melihat spesies-spesies yang terancam yang ditanam di FRIM.

Para peserta juga mendapat anak-anak pokok merawan kanching (Hopea subalata) yang terancam percuma sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM bagi menggalakkan aktiviti penanaman pokok dan menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Turut hadir, Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat; Dr Hamidah Mamat, Ketua Program Kesihatan dan Pemuliharaan; dan Lim Chung Lu, Pegawai Media.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my