Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Mandarin Oriental KL tanam pokok di FRIM, rai ulang tahun ke 25
diterbitkan pada 10 June 2023

Mandarin Oriental Kuala Lumpur telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 10 Jun 2023 sempena ulang tahun ke-25 hotel tersebut.

Para peserta aktiviti juga menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun.

Seramai 14 staf yang diketuai John Henry Kitchens, Pengurus menyertai aktiviti tersebut bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada peserta.

“Aktiviti sebegini amat penting bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan menanam pokok untuk tujuan penghijauan bumi dan alam sekitar untuk generasi akan datang,” kata Kitchens.

Sebanyak 25 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana), belian (Eusideroxylon zwageri), merawan siput jantan (Hopea odorata) dan sentul paya (Sandoricum beccarianum) telah ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my