Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, PERODUA anjur kursus penghasilan anak pokok
diterbitkan pada 03 August 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor telah menganjurkan ‘Sesi Latihan Penghasilan dan Penanaman Anak Pokok ke Arah Sifar Karbon’ pada 3 Ogos 2023 di FRIM, Kepong.

Dr Norwati Muhammad Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM merasmikan program tersebut. Turut hadir, Sulasi Mahadi, Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi dan Perhubungan Koperat Perodua serta Azahari Daud, wakil PPD Hulu Selangor.

Mereka menanam tiga pokok kemuning (Murraya paniculata) sebagai acara simbolik bagi perasmian program.

Sesi latihan tersebut merupakan aktiviti bawah ‘PROGRAM PENANAMAN POKOK PERODUA’ yang melibatkan 17 sekolah di sekitar Hulu Selangor.

Program tersebut menyasarkan penanaman 340 pokok secara berperingkat di sekolah yang terlibat melalui sumbangan anak-anak pokok oleh FRIM.

Seramai 24 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil 17 sekolah, PPD Hulu Selangor dan PERODUA menghadiri sesi latihan tersebut.

Mereka didedahkan kepada kaedah pembiakan anak pokok dan penanaman di lapangan serta cara penjagaan tumbuhan oleh staf Cawangan Tapak Semaian Utama, Cawangan Ekopelancongan dan Cawangan Biousahawan FRIM.

Mereka juga menanam lima pokok susun kelapa (Tabernaemontana corymbosa) pada sesi alami.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my