Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS tanam 6000 pokok bakau di Kuala Matu
diterbitkan pada 15 June 2023

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menanam 6,000 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) di pesisir pantai Kuala Matu pada 15 Jun 2023 bawah Program Penanaman Bakau dan Spesis Sesuai di Pesisir Pantai Negara.

Aktiviti tersebut diadakan sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (IDF) 2023 Peringkat Wilayah Tengah dan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka peringkat Matu.

YB Dato' Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) menanam pokok bakau minyak sebagai acara simbolik program tersebut.

Turut hadir, Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Konservasi Hutan dan Pembangunan).

Aktiviti tersebut juga sebagai sokongan terhadap Program Penghijauan Malaysia dan Kempen 'Greening Sarawak'.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my