Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pengurusan tertinggi FRIM tanam pokok sempena HHA 2024
diterbitkan pada 21 March 2024

Sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) 2024 pada 21 Mac 2024, Pengurusan Tertinggi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menanam tujuh pokok berstatus terancam di Arboretum Dipterokarpa.

Program penanam pokok anjuran Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar dengan sokongan staf Cawangan Pengurusan Hutan, Taman Botani Kepong dan Unit Komunikasi Korporat (CCU) ini bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar dan seterusnya dirasmikan oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM.

Turut hadir, Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); Mahmudin Saleh, Timbalan KP (Operasi) dan pengarah-pengarah bahagian yang lain.

Spesies pokok yang ditanam terdiri daripada resak gajah (Vatica abdulrahmaniana), giam melukut (Hopea apiculata), keruing layang (Dipterocarpus sarawakensis), resak padi (Vatica flavida), giam rambai (Hopea polyalthioides), keruing senduk (Dipterocarpus concavus) dan merawan ungu (Hopea bracteata var. penangiana).

Dalam ucapannya, Ismail berkata pokok-pokok yang ditanam pada hari ini merupakan spesies amat berharga dan sukar diperolehi selaras dengan fungsi FRIM sebagai tapak pemuliharaan flora negara termasuk spesies-spesies terancam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my