Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mempromosikan Program Penghijauan Malaysia – Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Taman Negara Pulau Pinang pada 2 Mac 2024.
Aktiviti anjuran bersama komuniti setempat sempena Program Hari Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Day) Taman Negara Pulau Pinang ini dirasmikan oleh Dato' Fakhrul Hatta Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).
JPNPP turut menyumbang 50 anak pokok daripada spesies mahkota dewa (Phaleria macrocarpa), palas kipas (Licuala grandis), mas cotek (Ficus deltoidea), misai kucing (Orthosiphon aristatus) dan setar (Bouea macrophylla) kepada orang ramai yang hadir.
Selain itu, program ini merangkumi pameran oleh agensi dan komuniti setempat, pertandingan fesyen kanak-kanak serta kuiz dan permainan.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
hello100jutapokok@nres.gov.my