Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS anjur program penanaman sempena Majlis Graduasi SMK Bario
diterbitkan pada 31 January 2024

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melalui Pejabat Hutan Wilayah Miri telah menganjurkan program penanaman pokok sempena jemputan ke Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2023/2024 SMK Bario pada 31 Januari 2024.

Sebanyak 64 anak pokok asli bernilai tinggi seperti resak tangkai ungu (Vatica vinosa), kapur bukit (Dryobalanops beccarii), selangan batu pinang (Shorea havilandii), meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia) dan lun jantan (Richetia multiflora) telah ditanam di perkarangan SMK Bario dengan penglibatan 50 murid dan 15 guru.

Turut hadir, Richard Usah, Pegawai Tadbir Pejabat Kecil Daerah Bario; Matthew Laing Ngau, Pegawai Pendidikan Daerah Baram; Robin Amir, Pengetua SMK Bario; Asan Odau, Pegawai Hutan Wilayah Miri; serta pegawai-pegawai agensi kerajaan, ketua kampung dan ketua masyarakat.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my