Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, SEB tanam 500 pokok di HS Bakam
diterbitkan pada 20 February 2024

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menanam 500 pokok di Hutan Simpan Bakam, Miri pada 20 Februari 2024.

Program kerjasama tersebut bawah inisiatif '10-Year Integrated Planting, Protection, and Habitat Conservation Campaign 2021-2030' SEB ini turut memberi sokongan kepada pelaksanaan 'Greening Sarawak Campaign' serta Program Penghijauan Malaysia.

Spesies-spesies pokok bernilai tinggi seperti seperti geronggang (Cratoxylum arborescens), Mersawa kunyit (Anisoptera grossivenia), meranti tangkai panjang padi (Rubroshorea venulosa), meranti pitis (R. ovata) dan nyatoh tembaga (Palaquium leiocarpum) telah ditanam oleh 70 peserta.

Turut hadir, Zarina Shebli, Penolong Pengarah Hutan Bahagian Restorasi dan Hutan Industri JHS; Asan Odau, Pegawai Hutan Wilayah Miri; Siti Aisah Adenan, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat SEB; dan Dr Asleena Helmi, Pengurus Besar Komunikasi Korporat SEB.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my