Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Midori No Daichi No Kai, JHS,JMA tanam 300 pokok di Hutan Simpan Sempadi
diterbitkan pada 24 February 2024

Midori No Daichi No Kai (Green Earth Association), Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Persatuan Malaysia Jepun (JMA) telah menanam 300 pokok di Hutan Simpan Sempadi, Lundu, Sarawak pada 24 Februari 2024.

Pokok-pokok yang ditanam merupakan spesies bernilai tinggi seperti meranti lang (Rubroshorea elliptica) dan kapur bukit (Dryobalanops beccarii).

Midori No Daichi No Kai merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO) dari Jepun. Seramai 15 sukarelawan pertubuhan tersebut melawat Sarawak untuk meninjau kembali pokok-pokok yang ditanam oleh mereka pada 1996.

Turut hadir, Penolong Pengarah JHS Zarina Shebli; wakil Midori No Daichi No Kai, Terao Hideo; Pengarah Eksekutif JMA, Arai Takuji; dan Penyelaras JMA Sarawak, Kazue Sakai.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my