Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNP, TNB Research tanam pokok di Cameron Highlands
diterbitkan pada 01 February 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melalui Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands dengan kerjasama TNB Research telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Rizab Sungai Burung, Cameron Highlands pada 1 Februari 2024.

Program kerjasama dengan TNB bawah Program Selamatkan Empangan Sultan Abu Bakar ini merupakan inisiatif bagi mengurangkan impak sedimentasi dalam tasik yang terlibat dengan operasi stesen hidro.

Sebanyak 100 pokok daripada spesies gerok (Exbucklandia populnea) dan damar minyak (Agathis borneensis) telah ditanam oleh 15 staf pejabat hutan dan TNB Research.

Selain menyokong Program Penghijauan Malaysia, penanaman pokok dapat mengurangkan impak hakisan tanah serta pencemaran air sungai.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my