Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNNS, NIOSH tanam pokok di Port Dickson
diterbitkan pada 02 March 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS) bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah menjalankan aktiviti penanaman 100 pokok di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson (PD Forest) pada 2 Mac 2024 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia – Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar serta memastikan kelangsungan ekosistem dapat dikekalkan.

Seramai 40 peserta telah menanam pokok-pokok daripada spesies meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan merawan siput jantan (Hopea odorata).

Turut hadir, Ayob Salleh, Pengarah Eksekutif NIOSH dan isteri, Jamilah Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan serta Siti Norhayati Mastar, Penolong Pengarah Komunikasi Korporat JPNNS dan Noor Izianti Ishak, Pengurus PD Forest.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my