Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Cenviro, JPNNS tanam 500 pokok bakau di Port Dickson
diterbitkan pada 09 December 2023

Cenviro Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS) telah menanam 500 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) di Hutan Paya Bakau, Jimah, Port Dickson pada 9 Disember 2023.

Aktiviti sempena program SHIELD Our Ecosystem 2.0 bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang kepentingan pemuliharaan ekosistem hutan paya laut.

'SHIELD' merupakan nilai-nilai teras Cenviro iaitu ‘Safety, Holistic, Integrity, Environment, Lean, Diversity dan Inclusiveness’ yang turut menggambarkan komitmen Cenviro dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Seramai 150 staf Cenviro, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan staf JPNNS telah menyertai aktiviti tersebut. Turut hadir, Azrizul Azad, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Cenviro; dan Dr Mardiana Jansar, Ketua Program Sains Sekitaran UKM; Nuazri Sedik, Penolong Pengarah (Silvikultur & Perlindungan Hutan) JPNNS.

Program SHIELD Our Ecosystem 1.0 yang diadakan pada 10 Disember 2022 dihadiri 250 peserta Management and Science University (MSU), staf Cenviro dan JPNNS yang menanam 500 pokok bakau kurap ditanam di persisiran pantai Jimah, Port Dickson.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my