Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

IKTBN Temerloh tanam pokok, semarakkan Program Bumi Hijau Minggu Paradigma Pelajar Baharu
diterbitkan pada 06 February 2024

Institut Kemahiran Tinggu Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menjalankan aktiviti penanaman pokok sempena Program Bumi Hijau Minggu Paradigma Pelajar Baharu IKTBN Temerloh pada 6 Februari 2024.

Aktiviti anjuran bersama Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan pokok terhadap kehidupan.

Kira-kira 100 pelajar baharu dan staf IKTBN terlibat dan mereka menanam sejumlah 110 pokok landskap serta nadir pelbagai spesies seperti merawan siput jantan (Hopea odorata), ciku (Manilkara zapota), manggis (Garcinia mangostana), nangka (Artocarpus heterophyllus), mangga (Mangifera indica) dan bunga tanjung (Mimusops elengi) di persekitaran kampus IKTBN Temerloh. Turut hadir, pengurusan tertinggi IKTBN Temerloh.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my