Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Hutan Bentong, malim gunung, bomba semarakkan Program Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 14 February 2024

Pejabat Hutan Daerah Bentong bersama Malim Gunung Perhutanan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Bentong telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 14 Februari 2024 di Bukit Raka, Bentong, Pahang.

Aktiviti yang diadakan sempena Program Rintis Denai Pendakian ini bertujuan menyemarakkan Program Penghijauan Malaysia –Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Seramai 35 peserta telah menanam 30 pokok merbau (Intsia palembanica), meranti mengkai (Anthoshorea bentongensis) dan meranti tembaga (Rubroshorea leprosula).

Pegawai Hutan Daerah Bentong, Muhamat Azman Yahya berharap agar semua pihak menjadikan aktiviti penanaman pokok sebagai agenda dalam majlis/acara/kerja yang dilaksanakan di lapangan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Bentong

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my