Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNP tanam pokok di SK Kuala Tahan, Pahang
diterbitkan pada 15 February 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tahan pada 15 Februari 2024.

Azman Abdullah Hashim, Guru Besar; serta 50 peserta yang terdiri daripada wakil Persatuan Ibu bapa dan Guru, para guru dan pelajar SK Kuala Tahan telah menanam 150 tampoi (Baccaurea macrocarpa), ciku (Manilkara zapota), kuini (Mangifera odorata), petai (Parkia speciosa), asam gelugor (Garcinia atroviridis), karas (Aquilaria sp.) di perkarangan sekolah.

Aktiviti anjuran Unit Silvikultur Zon Pahang Timur, JPNP ini diadakan sempena lawatan perhutanan sosial ke Perkampungan Orang Asli di Kuala Tahan, Jerantut pada 15 dan 16 Februari 2024 bagi mendapatkan pendedahan tentang cara hidup masyarakat Orang Asli, suku kaum Bateq.

Semasa lawatan, JPNP telah menyerahkan 20 pokok petai dan kuini serta buku mewah (coffee table book) Tasik Chini kepada Tok Batin sebagai tanda penghargaan.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my