Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Warga Pejabat Hutan Bentong taman pokok
diterbitkan pada 15 February 2024

Warga Pejabat Hutan Daerah Bentong telah mengadakan aktiviti penanaman pokok sempena ‘Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Hutan Daerah Bentong dan Majlis Penghargaan Kakitangan Bertukar’ pada 15 Februari 2024 di Pejabat Renjer Hutan Bentong Timur, Karak, Pahang.

Aktiviti ini melibatkan 58 staf yang menanam 50 pokok hutan dan buah-buahan yang terdiri daripada merawan siput jantan (Hopea odorata), rambutan (Nephelium lappaceum), tampoi (Baccaurea macrocarpa), rambai (Baccaurea motleyana), ciku (Manilkara zapota) dan asam gelugor (Garcinia atroviridis) di sekitar kawasan pejabat renjer.

Pegawai Hutan Daerah Bentong, Muhamat Azman Yahya berkata beliau berharap agar aktiviti penanaman pokok akan dijadikan aktiviti utama dalam setiap program rasmi jabatan bagi mencapai sasaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Negeri Pahang.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Bentong

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my