Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MPMA tanam 26 pokok belian di HS Sabal
diterbitkan pada 23 January 2024

Delegasi Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) telah menanam 26 pokok belian (Eusideroxylon zwageri) di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan, Sarawak pada 23 Januari 2024 sempena lawatan kerja ke blok Model Ladang Hutan Sabal.

Turut hadir, Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak; Datuk Wira Sheikh Othman Rahman, Pengerusi MPMA; Datuk Chua Hock Gee, Timbalan Pengerusi MPMA; Dato' Mohd Puat Dahlan, Pengerusi Forest Plantation Development Sdn Bhd; serta wakil-wakil Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Delegasi juga melawat blok penanaman Eucalyptus pellita dan tapak semaian Sabal.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my