Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

B.Braun, wakil 8 hospital tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 27 April 2024

B.Braun Medical Supplies dan wakil-wakil lapan hospital telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 27 April 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Penanaman pokok sempena sambutan Hari Bumi ini disertai wakil-wakil Pantai Hospital Kuala Lumpur, Columbia Asia Hospital (Puchong), Hospital Picaso, IHH Healthcare Malaysia, Thomson Hospital Kota Damansara, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM KPJ Healthcare Berhad dan Hospital Selayang yang merupakan rakan perniagaan B.Braun.

Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan oleh Yeong Lih Chyun, Pengarah Pengurusan B.Braun.

Yeong berkata beliau berharap bahawa aktiviti tersebut dapat memberikan pendedahan kepada staf dan wakil-wakil hospital mengenai kepentingan penanaman pokok bagi pemuliharaan alam sekitar.

Beliau juga berharap agar staf dapat mengurangkan penggunaan plastik untuk mencegah pencemaran alam sekitar.

Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin menyampaikan taklimat keselamatan manakala Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Harfendy Osman menunjukkan cara penanaman.

Sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada merawan meranti (Hopea sulcata), giam lintah bukit (Hopea helferi), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), jambu bol (Syzygium malaccense), gapis (Saraca declinata), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), balau sengkawang air (Shorea sumatrana), balau membatu (Shorea guiso) dan keruing latek (Dipterocarpus elongatus) berjaya ditanam oleh 40 peserta aktiviti.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my