Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM anjur ceramah anai-anai sempena HHA 2024
diterbitkan pada 23 March 2024

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan sesi ceramah bertajuk ‘Termites: Friend or foe?’ (Anai-anai: Kawan atau lawan?) pada 23 Mac 2024 sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) 2024.

Ceramah yang disampaikan oleh ahli kaji serangga FRIM yang juga ahli arboris bertauliah, Ong Su Ping ini dihadiri 30 peserta.

Ong berkongsi pengetahuan, pengalaman dan hasil kajian berkaitan anai-anai pada sesi yang diadakan di Galeri Penyelidikan FIRM.

Para peserta juga dibawa melawat spesies anai-anai yang terdapat dalam kampus FRIM dan galeri serangga di Insektari.

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan turut hadir untuk menyampaikan anak pokok spesies kelat paya (Syzygium campanulatum) dan jambu bol (Syzygium malaccense) percuma sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM kepada para peserta bagi menggalakkan penglibatan umum dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Turut hadir, Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat dan Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM.

HHA disambut pada 21 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hutan serta isu-isu yang berkaitan. Sambutan tahun ini bertema 'Hutan dan Inovasi'.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my