Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM anjur ceramah hidupan liar, rai Hari Biodiversiti
diterbitkan pada 25 May 2024

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan sesi ceramah umum bertajuk, ‘Pemeliharaan hidupan liar: Apakah yang kita boleh lakukan?’ pada 25 Mei 2024 sempena sambutan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa.

Ceramah yang dihadiri 46 peserta tersebut disampaikan Ahli Zoologi FRIM, Mohammad Shahfiz Azman di Galeri Penyelidikan FRIM, Kepong.

Para peserta diberi pendedahan kepada kekayaan kepelbagaian fauna di Malaysia isu-isu semasa serta penyelidikan terkini serta usaha pemeliharaan hidupan liar.

Semasa perbincangan, Shahfiz mengemukakan cadangan tindakan yang boleh diambil oleh setiap individu dalam menyokong usaha pemeliharaan hidupan liar.

Beliau juga menunjukkan cara pengumpulan data kajian di lapangan seperti penggunaan ‘camera trap’, ‘acoustic recorder’ dan perangkap.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mahmudin Saleh hadir untuk memberi ucapan penutup serta menyampaikan anak-anak pokok spesies kelat paya (Syzygium campanulatum) dan jambu bol (Syzygium malaccense) percuma secara percuma sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM kepada para peserta bagi menggalakkan penglibatan umum dalam Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Turut hadir, Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my