Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sokong penanaman sejuta pokok di Pulau Pinang sempena Hari Bumi
diterbitkan pada 22 April 2024

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memberi sokongan kepada Program Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari di Pulau Pinang pada 22 April 2024 sempena sambutan Hari Bumi dengan mengadakan aktiviti penanaman bersama Persatuan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang (PiFWA) di Sungai Chenaam, Seberang Perai Selatan.

Aktiviti penanaman 2,000 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) ini yang melibatkan wakil FRIM, ahli-ahli komuniti setempat serta warga korporat. Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Ilias Shafie, Pengerusi PiFWA menyampaikan taklimat keselamatan sebelum aktiviti tersebut.

Turut hadir, YB Rashidi Zinul, ADUN Sg Acheh; Khairulnizam Hashim, Pegawai Daerah; Muhaili Md Saad, Ketua Penolong Pegawai Daerah; Mohd Rusli Ismall, Penghulu Mukim Seberang Parai Selatan serta Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM.

Program penanaman ini dianjurkan oleh Yayasan Amal TYT Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, warga FRIM dari Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar yang diketuai Pengarah, Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad turut menyertai aktiviti penanaman 200,000 pokok api-api (Avicennia spp.) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Pasir Gebu, Teluk Malas, Penaga.

Turut hadir, Muhammad Ezhar Yusuf, Pengarah JPNPP; Nur Hajar Zamah Shari, Ketua Program Hutan Asli FRIM; Ahmad Azaruddin Mohd Noor, Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar FRIM serta wakil-wakil Jabatan Perikanan, Jabatan Kerja Raya, Benchmark, JABIL, Unit Nelayan Kuala Muda dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my