Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sumbang buku, pokok kepada Balai Polis Hutu Kelang
diterbitkan pada 28 May 2024

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbangkan buku-buku dan pokok-pokok kepada Balai Polis Hulu Kelang pada 28 Mei 2024.

Sarifah Kunju Ahmad, Pengarah Perkhidmatan Teknikal menyampaikan 15 pokok kepada Inspektor Yew Chee Teong, Ketua Balai Polis untuk ditanam di sekitar balai polis tersebut bagi mempromosikan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Pokok-pokok sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM ini termasuk sentul (Sandoricum koetjape), rambai (Baccaurea sp.) dan jambu bol (Syzygium malaccense).

Sarifah juga menyerahkan 15 naskah buku-buku bertemakan alam sekitar termasuk buletin ‘FRIM in Focus’ dan terbitan FRIM. Turut hadir, Norain Mohd Arif, Ketua Perpustakaan FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my