Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, Gamuda tanam pokok bersama komuniti Orang Asli di Bukit Kemandol
diterbitkan pada 08 June 2024

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Gamuda Berhad telah mengadakan ‘Program Penanaman Pokok dan Outreach’ bersama komuniti Orang Asli suku kaum Temuan di Bukit Kemandol, Jenjarom, Selangor pada 8 Jun 2024.

Program yang dirasmikan Pengurus Besar QSHE Gamuda Berhad, Andy Lee Choon Foh ini diadakan di Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol.

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan yang menyampaikan ucapan alu-aluan menyeru para hadirin untuk menyokong aspirasi Malaysia dalam memelihara dan menjaga alam sekitar menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Turut hadir, Pengarah Perancangan Penyelidikan FRIM, Dr Mohd Rosli Haron dan Pengarah Bioteknologi Perhutanan, Dr Mohd Zaki Abdullah.

Seramai 150 yang terdiri daripada wakil FRIM, Gamuda, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Air Selangor, sekolah serta komuniti Orang Asli Taman Desa Kemandol telah menanam 124 pokok di kawasan sekolah, balai raya komuniti dan sekitar Taman Desa Kemandol.

Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada:

  • 104 pokok jambu bol (Syzygium malaccense), kuning telur (Pouteria campechiana), sentul (Sandoricum koetjape) dan melaka (Phyllanthus emblica) daripada FRIM.
  • 20 pokok limau manis (Citrus sp.), durian (Durio zibethinus), cempedak (Artocarpus integer) dan manggis (Garcinia mangostana).

Semasa ceramah dan pameran ‘outreach’, FRIM mengetengahkan kepentingan pemuliharaan pengetahuan tradisi dalam penggunaan tumbuhan ubatan; serta penggunaan sumber tumbuhan ubatan secara lestari.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my