Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MLRe sambut Hari Alam Sekitar Sedunia di FRIM
diterbitkan pada 08 June 2024

Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 8 Jun 2024 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Toh An Nee menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif MLRe, Patrick Cheah.

Cheah berkata mereka bertuah kerana berkesempatan untuk menyertai aktiviti penanaman pokok yang menyumbang kepada penjagaan alam sekitar sambil menikmati keindahan hutan di FRIM. Beliau juga memberi penghargaan kepada staf bersama ahli keluarga mereka yang turut serta dalam aktiviti ini.

Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin menyampaikan taklimat keselamatan serta menunjukkan kaedah penanaman pokok yang betul.

Sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia), jambu bol (Syzygium malaccense), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), balau sengkawang air (Shorea sumatrana), merawan siput jantan (Hopea odorata), chengal (Neobalanocarpus heimii), meranti kepong (Rubroshorea ovalis) dan belian (Eusideroxylon zwageri) berjaya ditanam oleh 52 peserta.

Selepas aktiviti penanaman, kumpulan ini juga mengambil kesempatan untuk melawat Jejantas Rimba FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my