Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Stream Group tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 11 May 2024

Stream Industries telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 11 Mei 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan oleh Chea Thean Teik, CEO Stream Industries Sdn Bhd.

Chea berkata mereka bertuah kerana berpeluang untuk menyumbangkan kembali kepada alam sekitar kita, pada masa yang sama melibatkan diri dengan alam semula jadi. Beliau amat menghargai staf yang dapat menyertai aktiviti CSR hari ini bagi pihak Stream Industries.

Beliau juga mengingati peserta yang hadir bahawa pokok yang ditanam akan memberi pelbagai faedah kepada masa depan, terutamanya kepada anak-anak dan cucu mereka.

Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin menyampaikan taklimat keselamatan manakala Staf Cawangan Unit Komunikasi Korporat FRIM, Mohd Faisal Iskandar Sukhairi menunjukkan cara penanaman.

Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada merawan siput jantan (Hopea odorata), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), keruing cogan (Dipterocarpus rigidus), jambu bol (Syzygium malaccense), durian (Durio zibethinus) dan nyatoh taban merah (Palaquium gutta) berjaya ditanam oleh 20 peserta aktiviti.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my