Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

PETRON MALAYSIA TANAM 600 POKOK, SAMBUT HARI ALAM SEKITAR
diterbitkan pada 06 June 2024

Petron Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menanam 600 pokok hutan pada Majlis Pelancaran Program 'Petron Green Lung Forest Enrichment Planting Project' di Petron Refinery, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 6 Jun 2024 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Pokok yang ditanam terdiri daripada cengal (Neobalanocarpus heimii), kapur (Dryobalanops aromatica), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan merbau (Intsia palembanica).

Sukalerawan yang terdiri daripada warga Petron Malaysia dan institusi pendidikan terlibat dalam penanaman pokok tersebut sebagai usaha menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Kawasan hutan seluas 162 hektar di Loji Penapisan Petron Port Dickson akan berfungsi sebagai lokasi penyelidikan perhutanan dan pendidikan alam sekitar. Kawasan ini juga dijadikan 'paru-paru hijau' yang berperanan penting dalam pengeluaran oksigen dan penyimpanan karbon.

Turut hadir, Pengurus Besar Petron Malaysia Refining & Marketing, Faridah Ali; Pengurus Loji Penapisan Petron Malaysia Refining & Marketing, Dato' Raja Sallehudin Raja Lope Ahmad; Prof. Madya Dr Nazre Saleh, Pensyarah Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti Universiti Putra Malaysia; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, Ishak Mohd Nor; Eksekutif Kanan Bahagian Pembangunan Projek YHM, Mohammed Ridhuan Najmuddin dan ahli-ahli 'Sustainability Council Petron Malaysia'.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my