Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Amanah Lestari Alam lancar Program ALAM Be-Leaf, tanam 300 pokok
diterbitkan pada 12 May 2024

Amanah Lestari Alam (ALAM) telah melancarkan Program ALAM Be-Leaf 2024 dan menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau di Mangrove Point, Klang pada 12 Mei 2024.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Nik Nazmi Nik Ahmad ini bertujuan menggerakkan sukarelawan belia, menggalakkan penyertaan mereka dalam pemuliharaan alam sekitar serta menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dalam ucapan pelancaran, Nik Nazmi menekankan komitmen kerajaan terhadap kelestarian alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti. Katanya hutan bakau memainkan peranan penting dalam ekosistem kita dan inisiatif seperti Program ALAM Be-Leaf adalah penting dalam menangani perubahan iklim serta meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan belia.

Sebanyak 300 anak pokok bakau (Rhizophora spp.) ditanam oleh lebih 100 sukarelawan yang terdiri daripada wakil-wakil Rakan Muda, Jabatan Belia Selangor, NRES, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Selangor Maritime Gateway, Yayasan Hijau Malaysia (YHM), YouthCare Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Inisiatif yang dibiayai Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan ALAM ini menunjukkan kerjasama yang kukuh antara sektor awam dan swasta dalam menyokong kelestarian alam sekitar.

Acara penutupan program telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Ts. Dr Nurul Muiz Murad.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my