Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MAHB tanam 350 pokok bakau sempena CAPA Asia Aviation Summit & Sustainability Awards
diterbitkan pada 30 April 2024

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah menganjurkan aktiviti penanaman pokok bakau pada 30 April 2024 di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor sempena 'CAPA Asia Aviation Summit & Sustainability Awards 2023' yang diadakan pada November lalu.

Sebanyak 350 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) ditanam yang melambangkan kehadiran 350 delegasi antarabangsa pada acara tahun lepas. Setiap delegasi juga menerima sijil digital sebagai tanda penyertaan dan cenderamata.

Seramai 40 sukarelawan MAHB yang dikenali sebagai Skuad Ceria terlibat dalam aktiviti tersebut. Mereka diketuai pemangku Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAHB, Ida Rahayu Mohd Jamli.

Kerjasama antara MAHB dan YHM ini merupakan satu langkah dalam memulihara kawasan paya bakau yang semakin terancam.

YHM merakamkan penghargaan kepada MAHB atas komitmen terhadap usaha konservasi alam sekitar dan sokongan terhadap Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Pihak YHM percaya usaha bersama seperti ini merupakan kunci kepada kelestarian alam sekitar dan pembangunan komuniti yang mampan.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my